GALERI

Program ihtifal kesenian islam peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan di Dewan Dato' Yasin, Penjara Tapah, Perak. Majlis sepenuhnya disempurnakan oleh Y.Bhgg dan Marhabah tahun 2024m/1445H di kalangan penghuni penjara

IYIY




Jabatan penjara Malaysia merupakan sebahagian daripada institusi di bawah sistem keadilan jenayah yang berperanan untuk menguatkuasakan hukuman dan melaksanakan perintah mahkamah ke atas penghuni penjara sehingga di bebaskan . Begitu juga dalam aspek pendidikan, setiap penghuni penjara berpeluang untuk meningkatkan pendidikan semasa menjalani hukuman.


Jabatan Penejara Malaysia terus komited dalam                                mempertingkatkan mutu perkhidmatannya melalui pendekatan      berorentasikan pemulihan selari dengan visi Jabatan Penjara Malaysia    sebagai peneraju perkhidmatan korektif. Peralihan konsep pemenjaraan masa kini yang bertransformasikan beberapa inisiatif terutama dalam program pemulihan untuk mengubah penghuni penjara untuk menjadi individu berguna kepada masyarakat, agama dan negera. 




Sukan merupakan salah satu komponen penting dalam program pemulihan di Jabatan Penjara Malaysia. Melalui aktiviti sukan penghuni berpeluang membina jati diri, mendidik disiplin dan menvabar kemampuan serta daya tahan diri. Selain itu, sukan juga berperanan dalam menggalakkan penghuni untuk meneroka potensi diri penghuni peringkat Jabatan Penjara Malaysia merupakan sebuah inisiatif komprohensif yang dirancang memperluaskan serta memperkasa program sukan yang telah di laksanakan di institusi penjara di seluruh negera.

                                                                
                                                             
Program Pelepasan banduan secara lesen (PBSL) Ihsan Madani (kepulangan yang dinanti) sempena bulan kmerdekaan telah dilaksanakan di setiap institusi penjara berkaitan. Pelaksaan program ini melibatkan orang Bebas Berlesen (OBB) yang menyertai program Corporate Smart Intership (CSI) dan kembali kepada keluarga mereka.
                                                               
 
                                                              
Jabatan Penjara Malaysia (JPM) telah mengambil pendekatan dalam melaksanakan program pemulihan sebagai persediaan untuk penghuni penjara menghadapi dunia luar selepas dibebaskan kelak. Misi jabatan adalah untuk melahirkan insan yang korektif berdasarkan program pemulihan efektif dengan menyediakan program pemulihan. Program pemulihan banduan atau pesalah di bawah kendalian Jabatan Penjara Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu program pemulihan di dalam penjara dan di luar penjara.


Budaya pendemokrasian iniselaras dengan perlembagaan persekutuan (Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan) mengenai tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir. Begitu juga tidak terkeceuali dengan Jabatan Penjara Malaysia, melalui aktiviti program pemulihan serta ketelusan memulihkan penghuni penjara tanpa mengira latar belakang kaum dan agama amat perlu bagi proses pemulihan penghuni penjara agar kembali menjalani kehidupan normal.


Pusat Koreksion- al Kamunting, Perak telah menganjurkan Kursus Penyediaan Makanan pada 14 dan 15 Ogos 2024 yang memberi peluang kepada penghuni penjara untuk mempelajari teknik penyediaan minuman dengan baik serta kreatif. Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pengetahuan praktikal dalam menghasilkan minuman seperti ais kacang, cendol, laici kang dan pelbagai minuman bancuhan lain.


penghuni penjara di seluruh institusi penjara Malaysia turut serta menyambut Hari Kemerdekaan Ke-67 negara. Sambutan ini diadakan di semua institusi penjara bertujuan menerap semangat patriotisme dalam kalangan penghuni penjara disamping memupuk rasa cinta kepada tanah air. Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti perarakan kontijen perbarisan, nyanyian lagu-lagu Patriotik dan mendeklamasi sajak kemerdekaan. Aktiviti-aktiviti ini diadakan untuk memberi peluang kepada para penghuni menyelami erti kemerdekaan dan perjuangan para pejuang negara. 


Program Suara dari lembah Harapan merupakan inisiatif Jabatan Penjara Malaysia yang menyediakan platform kepada penghuni penjara untuk menyuarakan perasaan, pandangan, dan aspirasi mereka melalui medium seperti seni, penulisan serta muzik. Program ini berfungsi sebagai langkah rehabilitasi dan pemulihan moral \ dengan tujuan membantu penghuni penjara mengubah pandangan hidup serta memberi semangat untuk memulakan kehidupan baru selepas pemenjaraan. 


Machang 30 Oktober 2024, sebanyak 16 institusi penjara telah menyertai Program Muzikal Muhibah yang bertemakan "Dari Sangkar Ke Sanggar Kehidupan". Hasil penjurian yang berlangsung di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kelantan telah memutuskan 10 institusi telah layak ke peringkat akhir yang berlansung di Pusat Koreksional Machang Kelantan. Majlis penyampaian hadiah merupakan salah satu acara kemuncak dalam sesebuah pertandin- gan yang telah disempurnakan oleh Pejabat Penjara Malaysia. Beliau diringi oleh PKK Hamid bin Taha, Pengarah Penjara Negeri Kelantan serta PKK Ahmad Zulkarnain bin Abdul Khalid, Pengarah Pusat Koreksional Machang.
                                                                             

Program ini turut menyediakan pendidikan tentang pemuliharaan alam sekitar dan usaha mengurang kan jejak karbon selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SD) serta isu perubahan iklim. Projek ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penghuni penjara malah ianya menyumbang kepada komuniti sekitar melalui penjualan atau sumbangan hasil tanaman kepada golongan yang memerlukan.


Bentong. 10 Julai 2024 - YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara telah mengadakan lawatan rasmi ke Penjara Bentong. Ketibaan beliau disambut oleh PKK Jorennedy Sylvester Timbalan Pengarah Penjara Bentong yang menjalankan tugas selaku Pengarah Penjara Bentong. Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Bengkel Tenun Pahang Diraja di mana rombongan berpeluang melihat proses tenunan secara langsung dan menyaksikan hasil tenunan yang dihasilkan oleh penghuni peniara Peniara Bentong. 



Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo telah berjaya menghantar atlet berbakat untuk bertanding dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. Ini merupakan penyertaan pertama bagi pelajar sekolah ini dalam kejohanan sukan bertaraf kebangsaan yang memperlihatkan komitmen sekolah dalam memajukan


Bentong, 11 September 2024 - Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan bercemar duli melawat Bengkel Tenun Pahang Diraja dan Pusat Vokasional Industri di Penjara Bentong. Ketibaan baginda disambut oleh YH TKP Dato' Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Negeri Pahang.


Serdang 21 Mei 2024, Seramai 280 penghuni penjara telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen SWCorp Kali Ketiga di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia. Majlis ini dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KP) melalui SWCorp dan disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Wira M Noor Azman bin Ketua Setiausaha KPKT. Program latihan ini melibatkan 17 institusi penjara di Semenanjung Malaysia untuk mengikuti latihan kemahiran teori dan amali berkaitan pengurusan sisa pepejal serta pembersihan awam melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN.)


Sambutan Maulidur Rasul tahun 2024 diperingkat Jabatan Penjara Malaysia yang melibatkan beberapa institusi boleh dijadikan sebagai satu platform yang berkesan untuk mengukuhkan
nilai-nilai kerohanian dan akhlak dalam kalangan warga penjara. Sambutan ini juga diadakan bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. serta memupuk kecintaan terhadap baginda.
Pelbagai program telah dirancang oleh pihak institus bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul ini. Sambutan ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi jiwa spiritual warga penjara, memperbaiki akhlak dan menyemai semangat perpaduan serta kemanusiaan yang lebih mendalam. PRP Kuala Krai,



Program Wanita Bangkit Bersasar adalah inisiatif untuk memperkasa wanita, teruta-manya dari kalangan B40, ibu tunggal, suri rumah dan mereka yang terkesan oleh cabaran ekonomi serta sosial. Program ini menyediakan latihan, bengkel keusahawa- nan dan bimbingan kerjaya untuk mem-bangunkan kemahiran, meningkatkan pendapatan dan membina keyakinan diri.

                                                                                                                                                                                                                                           

Comments

Popular Posts